Sunday, 6 March 2011

ujian itu indah..

UJIAN..
ramai yang tertanya-tanya kenapa adanya ujian dalam hidup ini..
ujian di sekolah, ujian di tempat kerja dan ujian hidup itu sendiri..
ramai dari kita tidak suka bila di uji..
tetapi,
sedarkah kita bahawa ujian itu satu kenikmatan?
"diwajibkan atas mu berperang, padahal ia tidak menyenangkan bagimu.tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
-surah Al-baqarah ayat 216.-
firman Allah ini jelas menunjukkan bahawa ujian itu indah sebenarnya..
1)TAKUT untuk berjuang melawan penentang agama Allah , mungkin akan gugur.
indahnya di situ apabila kamu berjaya melawan perasaan takut itu, syurga Allah sedia menyambut kedatanganmu.
2)berjuang untuk menghadapi ujian di sekolah.
kamu mungkin GAGAL dalam ujian tersebut tetapi kamu akan melipatgandakan usaha kamu dan mendekatkan dirimu dangan diriNya. Insya-Allah, kejayaan yang kamu tempuhi setelah gagal pada kali pertama adalah sangat manis dan bermakna.
3)berjuang melawan nafsu..
kamu ingin berubah.Tidak mahu kekal pada zaman kejahilanmu. Kamu ingin menjadi seorang hambaNya yang beriman, yang tahu erti halal dan haram tetapi kamu SAYANGKAN"member-membermu, kekasih hati mu, dan pakaian kamu yang up-to-date."  indahnya hidup mu bila kamu berjaya melepasi semua ujian itu kerana teman-teman yang akan membimbingmu ke jalan keredhaanNya akan dihantar oleh Allah, tidak perlu kamu mencarinya, bukan kekasih yang akan menghiasi hidupmu tetapi pasangan terbaik yang menjadi idaman setiap insan (perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.-surah An-Nur ayat 26-) dan pakaian mu menjauhkan kamu daripada pandangan-pandangan yang tidak sepatutnya.
OLEH ITU,
berjuanglah menghadapi setiap ujian kerana,
Ujian itu INDAH..

No comments:

Post a Comment