Sunday, 13 March 2011

bantulah aku..

aku tetap aku..
walau fizikal ku berubah,
walau pakaian ku berubah
tetapi ketahuilah aku tetap sama seperti dulu..
aku rindu pada hidayahMu Ya Allah,
aku rindu pada cintamu rasullullah,
namun,
aku takut memulakan langkah..
aku takut akan pandangan orang-orang di sekelilingku..
aku takut pada fitnah..
hinakah aku jika anjakan paradigma ini ku lakukan?
hinakah aku jika pakaian yang sopan aku gayakan?
hinakah aku jika aku mula benci pada perkataan "couple"?
Ya Allah,
bantulah aku..
bimbinglah aku..
aku tidak mahu hanyut lagi..
aku tidak ingin terleka lagi..
pandulah aku ke jalan yang Engkau redhai,
hadirkan sahabat-sahabat yang membawaku ke jalan yang benar..
Ya Rabb, aku rindu pada kemanisan cintaMU..
Selamatkan aku Ya Allah..
mengapa dunia ini amat indah padaku Ya Allah,
sedangkan ia penuh dengan tipu daya syaitan..
ampunkan aku Ya Allah
sesungguhnya...
akulah hambaMU yang lemah..

No comments:

Post a Comment